Isnin, 28 Julai 2008

BAGAIMANA MENTERNAK IKAN DALAM TANGKI KANVAS

PETANI yang ingin mengusahakan ternakan ikan sungai tetapi menghadapi masalah kekurangan tanah dan modal kini boleh beralih kepada penternakan ikan dalam tangki kanvas mudah alih. Kaedah penternakan hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) selama 16 tahun itu dikatakan mampu meminimumkan kos penternakan dari segi pengurusan dan risiko. Katanya, sistem ini adalah murah dan sesuai untuk dipraktikkan oleh para penternak luar bandar yang kekurangan tanah dan modal. Kelebihan tangki kanvas mudah alih ini ialah kosnya murah, tidak memerlukan modal besar untuk mengorek kolam serta tidak memerlukan ruang tanah yang besar selain menghasilkan ikan saiz pasaran dalam masa tiga bulan.

KELEBIHAN MENTERNAK IKAN DALAM KANVAS
IKAN BERPROTEIN TINGGI
KURANG BERBAU HANYIR
IKAN CEPAT MEMBESAR 3-5 BULAN
TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YG LUAS
PULANGAN YG TINGGI

Peralatan Kanvas
1. Kanvas Bersaiz 4' x 15'
2. Besi Pengikat Kanvas
3. Beberapa Paip PVC
4. Water Filter
5. Netting penutup Kanvas
6. Benih Ikan
7. Air
8. Sistem Water Pump

Ini adalah bahan Asas yang paling minimum yang diperlukan untuk anda memulakan projek Ternakan Ikan Dalam Kanvas.

Tiada ulasan: