Rabu, 30 Julai 2008

Memaksimumkan Potensi Pertanian

NEGARA tidak melupakan nasib petani yang masih membanting tulang empat kerat di bendang dalam kehangatan semua pihak berbicara mengenai teknologi maklumat dan mengorak langkah menuju alaf baru dengan penekanan kepada pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).Sektor pertanian tidak diketepikan, malah usaha membangunkan sektor ini berterusan. Langkah kerajaan mengkaji semula Dasar Pertanian Negara 1992-2010 adalah satu komitmen untuk memperhebatkan usaha membangunkan sektor ini dan meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan.Nelayan memerlukan dasar baru yang dapat merencana strategi dan fokus pembangunan pertanian mengikut rentak dan arus perubahan teknologi dalam sektor ini. Cara lama perlu digembleng dengan pendekatan baru melalui penggunaan teknologi.Menurut laporan Kementerian Pertanian dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), sektor pertanian berkembang pada kadar dua peratus setahun. Peratusan dikatakan lebih rendah daripada sasaran yang dipinda iaitu 2.1 peratus. Antara punca kemerosotan yang dikenal pasti kerajaan ialah kekurangan buruh, kepupusan sumber pertanian, kekurangan tanah yang sesuai dan harga rendah komoditi tertentu.

Isnin, 28 Julai 2008

Ternakan ayam kampung


Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban.

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

Penyembelihan Haiwan Menurut Islam


Takrif


Sembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang


Rukun Penyembelihan.

1. Penyembelihan
2. Alat Penyembelihan
3. Cara Penyembelihan
4. Binatang Penyembelihan


Syarat-Syarat Sah Sembelihan

1. Penyembilah - Orang Islam
2. Niat Atau Qasad
3. Berakal
4. Memutuskan Urat-Urat Tertentu - Urat Halkum Dan Urat Mari
5. Alat Sembelihan - Seperti Pisau

Perkara Sunat Ketika Sembelihan

1. Pengasah pisau supaya cukup tajam
2. Untuk binatang yang lelernya panjang seperti unta dan angsa, sunat di potong pada pangkal lelernya
3. Mengadap ke arah kiblat
4. Menyebut nama Allah seperti Bismilah ketika menyembelih
5. Melakukan sembelihan di siang hari
6. Membaringkan binatang diatas rusuk kirinya dengan lembut dengan kepalanya diangatkan sedikit.

Perkara-Perkara Makruh Ketika Sembelihan1.


1. Tidak membaca Bismillah
2. Menghalakan binatang selain dari arah Kiblat
3. Meletakkan kaki di atas pipi binatang
4. Mengasah pisau dihadapan binatang yang telah dibaringkan dan dihadapan binatang-binatang lain
5. Melakukan penyeksaan tanpa sebab seperti memutuskan kepala, mematahkan leher, memotong ke saraf tunjang menyembelih dari belakang tengkok, menyeret binatang secara songsang ke tempat penyembelihan.6. Melapah atau memotong kulit sebelum binatang sembelihan itu sejok,

Contoh Fidlot Kambing


BAGAIMANA MENTERNAK IKAN DALAM TANGKI KANVAS

PETANI yang ingin mengusahakan ternakan ikan sungai tetapi menghadapi masalah kekurangan tanah dan modal kini boleh beralih kepada penternakan ikan dalam tangki kanvas mudah alih. Kaedah penternakan hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) selama 16 tahun itu dikatakan mampu meminimumkan kos penternakan dari segi pengurusan dan risiko. Katanya, sistem ini adalah murah dan sesuai untuk dipraktikkan oleh para penternak luar bandar yang kekurangan tanah dan modal. Kelebihan tangki kanvas mudah alih ini ialah kosnya murah, tidak memerlukan modal besar untuk mengorek kolam serta tidak memerlukan ruang tanah yang besar selain menghasilkan ikan saiz pasaran dalam masa tiga bulan.

KELEBIHAN MENTERNAK IKAN DALAM KANVAS
IKAN BERPROTEIN TINGGI
KURANG BERBAU HANYIR
IKAN CEPAT MEMBESAR 3-5 BULAN
TIDAK MEMERLUKAN KAWASAN YG LUAS
PULANGAN YG TINGGI

Peralatan Kanvas
1. Kanvas Bersaiz 4' x 15'
2. Besi Pengikat Kanvas
3. Beberapa Paip PVC
4. Water Filter
5. Netting penutup Kanvas
6. Benih Ikan
7. Air
8. Sistem Water Pump

Ini adalah bahan Asas yang paling minimum yang diperlukan untuk anda memulakan projek Ternakan Ikan Dalam Kanvas.

Lintah lubuk duit

Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternakJika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.Penternak lintah dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Norazlan Abdul Rahman, 37, berkata lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan.“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.
“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya.
Norazlan berkata, lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.Norazlan berkata, dia tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.“Bertitik-tolak dari situ, saya mengikuti kursus dua hari menjadi usahawan lintah di Kuala Lumpur yang dikendalikan syarikat berkenaan pada Februari lalu.“Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan awal untuk mengusahakan ladang ternakan lintah, selain mengenal pasti masalah serta teknik penjagaan lintah,” katanya yang ditemui baru-baru ini.
Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

TEKNOLOGI NANO UNTUK PERTANIAN

PT Nano Hijau bekerja sama dengan Nano Green Sciences Inc. USA, dengan bangga memperkenalkan suatu era baru teknologi nano untuk pertanian. Melalui inovasi di dalam kimia koloida, Nano Green telah mengembangkan suatu Tonik Tanaman yang mengagumkan dengan butir-butir partikel sebesar antara 8 angstrom sampai dengan 4 nanometer (1 nano meter = satu per satu juta milimeter atau 1/1000 mikron). Terobosan skala-nano telah memungkinkan penciptaan bermilyar-milyar “micelles” (sel-sel kecil) yang diaktifkan untuk membentuk apa yang dapat dinamakan “pembersih super”. Tanaman-tanaman dan pepohonan, setelah disemprot dengan larutan Nano Green mengalami percepatan tingkat kegiatan foto-syntesa. Ini kemungkinan besar disebabkan oleh molekul-molekul pembersih berskala-nano yang memungkinkan mereka untuk memasuki stomata daun-daun tanaman tersebut, yang membuatnya menjadi lebih efisien dalam memanfaatkan energi dari matahari. Foto-syntesa adalah suatu proses di mana tanaman memanfaatkan energi matahari untuk membentuk gula, yang dikonversikan untuk menjadi dasar bagi tepung sari, selulosa, lilin, karbohidrat, minyak dan protein, yang menjadi batu-bata untuk semua pertumbuhan tanaman.
Pada waktu foto-syntesa, dedaunan tanaman atau pohon menggunakan air (dan gas karbon dioksida dari udara) untuk melepaskan oksigen yang kita pakai untuk bernapas. Dedaunan adalah pengumpul sinar matahari (“solar-collector” ) yang penuh sesak dengan sel-sel foto-syntesa. Pada prinsipnya, air dan karbon dioksida masuk ke dalam daun dan gula dan oksigen keluar dari daun.

Bila diterapkan pada bahan akar telanjang sebelum ditanam, atau setelah merendam struktur akar di tempat, Nano Green bertindak untuk menstimulasi pertumbuhan baru dan pengembangan dengan melarutkan NPK dari akar-akar, yang dengan demikian meningkatkan penyerapan nutrien. Itu juga memberikan unsur nutrisi bila diterapkan langsing kepada dedaunan dimana Nano Green masuk ke dalam stomata dan diterima langsung oleh tanaman tersebut.

Faktor kedua yang memberikan kontribusi kepada hasil-hasil tersebut adalah keberadaan sodium di dalam Nano Green. Sodium adalah kation (ion positip) yang mendorong dan menstimulasi perpindahan pupuk dan nutiren lainnyadari tanah ke dalam tanaman itu sendiri melelui sistem akar. Secara lebih teknis, kation adalah sebuah atom atau kelompok atom yang menyandang muatan listrik positip yang menarik anion-anion yang bermuatan negatip. Mereka menempelkan dirinya dan ikut menumpang ke dalam tanaman. Dengan kata lain, Na+ adalah kendaraan (sodium) yang bermuatan untuk membawa makanan langsung kepada tanaman.

Sebagai akibat dari kedua faktor tersebut, tanaman tumbuh lebih cepat, lebih sehat, lebih kuat dan dapat melawan penyakit dengan lebih baik.
Hasil perbandingan pengujian lapangan juga menunjukkan percepatan germinasi yang lebih tinggi dan lebih awal, lebih cepat berbunga dan secara keseluruhan menghasilkan krop yang lebih besar dan lebih banyak.
Yang membuat Nano Green merupakan suatu revolusi yang demikian hebat adalah bahwa ia dapat mencapai keberhasilan yang demikian dengan produk yang ramah lingkungan dan benar-benar “hijau” tanpa polusi. Dibuat dari bahan-bahan makanan yang diapprove oleh FDA Amerika, Nano Green adalah sama sekali tidak toksik dan tidak berbahaya. Ia mempunyai kandungan bio-based yang tinggi dan bio-degradeable secara total dalam kurun waktu 28 hari.

Untuk dapat menghargai bagaimana Nano Green mempengaruhi pertumbuhan dengan lebih baik, pertama perlu untuk dijelaskan beberapa elemen dasar mengenai apa yang memberikan kontribusi kepada kesihatan suatu tanaman.

Ahad, 27 Julai 2008

Kedudukan Semasa

Pertanian adalah salah satu sektor ekonomi utama di negeri-negeri utara, melibatkan 21.7% tenaga pekerja bagi Perlis, 19% bagi Kedah, 18% bagi Perak dan 1.4% bagi Pulau Pinang1. Aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara merangkumi penanaman padi; penanaman tanaman-tanaman komersil seperti kelapa sawit, getah dan tebu; dan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama2, hampir 42% ditanam dengan padi, lebih kurang 49% dengan kelapa sawit, 3% dengan getah dan 3% dengan tebu.Pendapatan rendah para petani (berbanding pekerja sektor-sektor lain) berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas. Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi sektor pertanian.
Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersilkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan “pertanian baru” adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.
Koridor Utara mempunyai beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor pertanian sekaligus mentransformasikan Wilayah ini sebagai zon makanan moden Malaysia:

Pertanian Adalah Perniagaan

Pertanian merupakan salah satu, sumber yang menjanjikan pendapatan yang lumayan. sekiranya ia diusahakna dengan cara yand betul dan bijak ia akan memberikan pulangan yang tidak dapat dinafikan lagi. sebagai remaja, kita seharusnya menyahut cabaran ini dan janganlah berfikiran negatif terhadap pertanian yang kononya pekerjaan orang kampung dan memalukan.