Ahad, 27 Julai 2008

Kedudukan Semasa

Pertanian adalah salah satu sektor ekonomi utama di negeri-negeri utara, melibatkan 21.7% tenaga pekerja bagi Perlis, 19% bagi Kedah, 18% bagi Perak dan 1.4% bagi Pulau Pinang1. Aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara merangkumi penanaman padi; penanaman tanaman-tanaman komersil seperti kelapa sawit, getah dan tebu; dan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama2, hampir 42% ditanam dengan padi, lebih kurang 49% dengan kelapa sawit, 3% dengan getah dan 3% dengan tebu.Pendapatan rendah para petani (berbanding pekerja sektor-sektor lain) berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas. Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi sektor pertanian.
Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersilkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan “pertanian baru” adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.
Koridor Utara mempunyai beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor pertanian sekaligus mentransformasikan Wilayah ini sebagai zon makanan moden Malaysia:

Tiada ulasan: