Rabu, 30 Julai 2008

Memaksimumkan Potensi Pertanian

NEGARA tidak melupakan nasib petani yang masih membanting tulang empat kerat di bendang dalam kehangatan semua pihak berbicara mengenai teknologi maklumat dan mengorak langkah menuju alaf baru dengan penekanan kepada pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC).Sektor pertanian tidak diketepikan, malah usaha membangunkan sektor ini berterusan. Langkah kerajaan mengkaji semula Dasar Pertanian Negara 1992-2010 adalah satu komitmen untuk memperhebatkan usaha membangunkan sektor ini dan meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan.Nelayan memerlukan dasar baru yang dapat merencana strategi dan fokus pembangunan pertanian mengikut rentak dan arus perubahan teknologi dalam sektor ini. Cara lama perlu digembleng dengan pendekatan baru melalui penggunaan teknologi.Menurut laporan Kementerian Pertanian dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), sektor pertanian berkembang pada kadar dua peratus setahun. Peratusan dikatakan lebih rendah daripada sasaran yang dipinda iaitu 2.1 peratus. Antara punca kemerosotan yang dikenal pasti kerajaan ialah kekurangan buruh, kepupusan sumber pertanian, kekurangan tanah yang sesuai dan harga rendah komoditi tertentu.

Tiada ulasan: